Ayat Seribu Dinar
Bermaksud :
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang
bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta
memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan
(ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah
cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya
Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah
telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
Ini ayat seribu dinar
namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini
dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat
amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.
Ayat ini
mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas
sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah,
barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan
mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan
memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah
Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh
dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di
laut.
Jikalau dibaca ayat
ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan
kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi
minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Jikalau mendapat
sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman
orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh
Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang
lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari
Allah Ta’ala.
Jikalau masuk
berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul
dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya,
hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini
sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca
ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
0 comments:
Post a Comment